Wednesday, March 2, 2011

Produk-produk Opah Umi




Buku ini Opah tulis untuk semua wanita di pelbagai lapisan. Buku ini juga panduan untuk wanita yang lepas bersalin cara berpantang,urutan tradisional serta cara permakanan semasa berpantang.Ada beberapa resepi opah sertakan didalam buku ini.

Kini buku sudah berada di pasaran dikedai Buku MPH berharga RM29.00

Produk-produk Opah Umi



AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan:
• 1 ekor ayam
• 10 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 genggam daun kari
• Rempah Opah Umi secukupnya
• Garam
• Kunyit

Peraturannya:
Bawang putih dan halia ditumbuk. Kemudian, masuk dan gaulkan ayam, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk bersama-sama dengan garam dan kunyit. Seterusnya masukkan Rempah Opah Umi secukupnya dan gaulkannya sekali lagi. Perap selama 10 atau 15 minit . Kemudian bolehlah di goreng ayam tersebut. Bila ayam yang digoreng tadi sudah agak masa, masukkan 1 genggam daun kari ke dalam kuali. Bila daun sudah garing dan ayam pun sudah masak kekuningan angkat sekali dengan serbuk-serbuk dan daun kari.

AYAM BEREMPAH LADA HITAM OPAH UMI

Bahan-bahan:

• 1 ekor ayam • Sedikit belacan
• 8 ulas bawang merah • Asam jawa secukup rasa
• 5 ulas bawang putih • 2 sudu keresek
• ½ inci halia • 3 sudu minyak untuk menumis
• 3 batang serai • 4 sudu Rempah Opah Umi
• 1 sudu besar lada hitam • Gula dan Garam secukup rasa

Peraturannya:
Ayam dibersihkan, di potong mengikut selera masing-masing. Panaskan periuk dan masukkan 3 sudu minyak masak. Setelah minyak panas masukkan 3 batang serai yang telah diketuk. Selepas itu, masukkan rempah Opah Umi yang dikisar dengan bawang merah, bawang putih, halia, belacan, lada hitam, garam, gula dan air asam jawa. Kacau dan sesudah sebati digaulkan pula dengan ayam, tambah air sedikit demi sedikit. Rasalah garam dan gula dalam masakan tadi. Agak-agak ayam sudah nak masak, masukkan pula keresek dan bila kuah agak-agak pekat sedikit bolehlah diangkat dan dihidangkan.

PERIA KATAK GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

• 8 biji peria katak
• 6 ulas bawang putih
• 4 ulas bawang kecil dihiris
• Garam dan Kunyit
• 3 sudu tepung jagung
• Rempah Opah Umi secukupnya

Peraturannya:
Peria dihiris halus dan digaulkan dengan garam, kunyit, bawang putih, bawang kecil yang sudah dihiris dan digaulkan juga bersama-sama rempah Opah Umi serta tepung jagung. Kemudian panaskan minyak dikuali, setelah minyak panas, peria tersebut bolehlah digoreng sehingga garing.

• Nota: Sangat elok diamalkan memakannya, jika ada yang menghidap menyakit darah tinggi.

Produk-produk Opah Umi





HERBA MANDIAN

Herba mandian dari dedaun yang terpilih dicampurkan dengan air khusus untuk menyegarkan badan.