Saturday, February 26, 2011

Produk-produk Opah Umi





PARAM
Pemakaian param bertujuan untuk rawatan luaran bagi memanaskan badan yang sejuk selepas bersalin, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tubuh badan seterusnya mengembalikan bentuk tubuh badan dengan lebih cepat.
CARA PENGGUNAAN
Param dipakai selepas mandi di waktu pagi dan petang
• Bancuh param seperti membancuh bedak sejuk dengan air
• Dilumur dan disapukan dengan meratakannya seluruh badan daripada leher sehingga hujung kaki hadapan dan telapak kaki supaya angin tidak masuk dalam badan

PILIS
Pemakaian pilis bertujuan untuk rawatan luaran selepas bersalin bagi menghilangkan pening dan sakit kepala yang sering dialami oleh wanita bersalin.
CARA PENGGUNAAN
Pilis dipakai selepas mandi di waktu pagi dan petang, wanita bersalin haruslah memakai pilis sampai ke malam
• Bancuh pilis dengan sedikit air
• Disapukan memanjang menutupi dahi, dengan diratakan daripada hujung kiri sehingga ke hujung dahi kanan supaya jangan dimasuki angin meroyan dan sakit kepala

No comments:

Post a Comment