Friday, February 25, 2011

Rempah Ratus



Rawatan urutan tradisional sememangnya telah menjadi satu amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi dan amat penting terutama bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan terutama dikalangan mereka yang sudah mencecah usia 30-an.

Antara manafaat melakukan urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dalam badan sekali gus melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu. Urutan dilakukan bukan sahaja untuk memperolehi tubuh yang lebih sihat. Ia juga membantu seseorang wanita untuk mengekalkan tubuh yang langsing.

Oleh hal yang demikian, rawatan urutan tradisional bukan sahaja penting untuk wanita selepas bersalin tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah ia mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain dari melegakan badan selepas seharian penat bekerja yang lazimnya mampu membantu mengurangkan ketegangan.

No comments:

Post a Comment