Friday, February 25, 2011

Produk-produk Opah Umi






KHASIAT DARI WARISAN TRADISIONAL REMPAH RATUS

Untuk melancarkan peredaran darah.
Mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengurangkan keletihan, serta memecahkan lemak dan menaikkan seri muka dan memulihkan pusingan haid yang betul serta menghilangkan keputihan.
Sangat baik bagi wanita selepas bersalin. Mengurangkan sakit urat dan kesakitan pada otot badan dan sendi, juga memulihkan fungsi peranakan.
Membuang angin meroyan dan sakit kepala.
Bagi orang yang sudah menopous elok diamalkan memakannya supaya tidak kekeringan biar sentiasa lembap dan sihat serta tidak ‘stress’.

PERATURAN MEMAKANNYA:

KAPSUL SERBUK
2 biji makan pagi 1 Sudu the kecil diratakan dibancuh
2 biji makan malam dengan air suam selepas makan
Pagi dan malam

Rempah Ratus



Rawatan urutan tradisional sememangnya telah menjadi satu amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi dan amat penting terutama bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan terutama dikalangan mereka yang sudah mencecah usia 30-an.

Antara manafaat melakukan urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dalam badan sekali gus melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu. Urutan dilakukan bukan sahaja untuk memperolehi tubuh yang lebih sihat. Ia juga membantu seseorang wanita untuk mengekalkan tubuh yang langsing.

Oleh hal yang demikian, rawatan urutan tradisional bukan sahaja penting untuk wanita selepas bersalin tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah ia mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain dari melegakan badan selepas seharian penat bekerja yang lazimnya mampu membantu mengurangkan ketegangan.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri




Salam,Opah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN.
Semoga di Hari yang mulia ini bergembira disamping keluarga tercinta.

Tuesday, March 23, 2010

Warisan Opah Umi di Pameran Buku Antarabangsa PWTC




Sempena Pameran Buku Antarabangsa Di PWTC pada 21 Mac 2010 lepas Opah di beri kesempatan untuk membuat Promosi bersama Utusan Malaysia.Alhamdulillah ada sambutan dari orang ramai.Terima Kasih kepada semua yang membantu Opah serta memberi sokongan kepada Opah.